Posts

Showing posts from May, 2011

RAWATAN EFEKTIF DARAH TINGGI ADALAH BERBEKAM

Image
Penyakit darah tinggi adalah penyakit yang melanda kira-kira 90% penduduk di Msia baik lelaki mahupun perempuan.Penyakit darah tinggi jika tidak dirawat,akan menyebabkan penyakit strok dan jantung.Kaedah rawatan setakat ini di M`sia hanyalah dengan memakan ubatan moden yang pasti mempunyai kesan sampingan.

Bagi rawatan yang efektif untuk menstabilkan tekanan darah kita dalam keadaan normal,kaedah berbekam adalah yang paling mujarab dan terjamin berkesan.Bagi kaedah berbekam yang menggunakan pen bekam,pesakit disyorkan berbekam 2 minggu sekali,dan bagi kaedah berbekam menggunakan pisau torehan,pesakit disyorkan berbekam sebulan sekali secara konsisten.

Apabila anda sudah konsisten menjalani rawatan bekam,anda tidak perlu lagi mengambil ubatan moden,yang penting dalam 2 hari sekali anda perlu memakan ulaman seperti pegaga,ulam raja,petai ataupun peria yang terbukti berkesan dalam membersihkan darah dan juga melancarkan aliran darah.

DIAGNOSIS BEKAM-Analisa Tapak Tangan Cengkung

Image
Bagi pesakit yang kita diagnosis tapak tangannya dan ada mengalami sedikit cengkung,ini menandakan pesakit mengalami penururunan sistem imunisasi pada sistem badan.Pesakit disyorkan berbekam pada point dada,tengkuk dan bahu 2 minggu sekali sebanyak 3x sesi,insyaAllah sistem imunisasi badan pesakit akan kembali normal.

DIAGNOSIS BEKAM-Analisa Bintik Putih Tapak Tangan

Image
Bila kita analisis tapak tangan pesakit,jika banyak terdapat bintik putih pada tapak tangan bermakna badan pesakit banyak angin.Angin disini bermaksud gas yang terhasil dari pencernaan yang tidak sempurna.Angin mengikut istilah perubatan herba terdapat pada tiga tempat iaitu angin duduk,angin darah dan juga angin sendi.Bagi jurubekam,point bekam untuk menyingkirkan segala angin pada tubuh pesakit ialah bekam darah 10 point pada bahagian otot belikat,tengkuk dan juga bahu,insyaAllah sejurus lepas berbekam pesakit akan sendawa,badan pesakit akan terasa ringan dan juga tidak lesu lagi.

DIAGNOSIS BEKAM-Analisa Ruas Jari

Image
Jika jari pesakit yang kita diagnosis itu ruas jarinya ada garis kehitaman,bermakna pesakit sedang mengalami masalah sembelit.Jadi jurubekam rujuk manual bekam dan bekam pesakit ikut point merawat sakit sembelit,insyaAllah dalam sekali bekam,masalah sembelit pesakit akan berkurangan.

JARUM BEKAM AKAN DIBUANG DAN DIGANTIKAN DENGAN YANG BARU SETIAP KALI RAWATAN BEKAM

Image

JURUBEKAM AKAN MEMAKAI SARUNG TANGAN SUPAYA PROSES RAWATAN BEKAM TERJAMIN BERSIH/SELAMAT

Image

CAWAN BEKAM AKAN DIBASUH DENGAN CECAIR DETTOL & DIMASUKKAN DLM UV STERILIZER BAGI PROSES STERIL

Image

HADIS TENTANG RAWATAN BEKAM MAMPU MENYEMBUHKAN RACUN DAN SIHIR

Image
Dari ka`b bin malik bahawa ada seorang perempuan yahudi menghadiahkan seekor kambing bakar kepada Nabi SAW di Khaibar.Baginda pun bertanya "apakah ini ?" ..Wanita itu menjawab "hadiah".Wanita itu berhati-hati jangan sampai menyatakannya sedekah,sehingga baginda tidak mahu memakannya sama sekali.Tidak lama kemudian,Nabi SAW makan dan para sahabat pun makan.Tiba-tiba baginda bersabda "hentikan",kemudian baginda bertanya kepada wanita itu.."apakah kamu telah meracuni kambing ini ? wanita itu menjawab "ya"..baginda bertanya "mengapa ?" wanita itu menjawab "aku ingin sekiranya kamu pendusta,orang-orang akan segera boleh berehat dari kedustaan kamu,tetapi jika kamu seorang Nabi,maka itu tidak akan berbahaya bagi kamu.Maka Nabi SAW pun berbekam pada kawasan tengkuk dengan 3 bekaman serta memerintahkan para sahabat supaya berbekam.Maka mereka pun berbekam...

Ibnul Qoyyim berkata "ketika Nabi SAW berbekam,baginda berbekam diteng…

MANFAAT MENJALANI RAWATAN BEKAM

Image
1) Boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.

2) Memperbaiki aliran pembuluh darah.

3) Menghilangkan kejang-kejang dan luka dalaman pada otot.

4) Bermanfaat bagi penderita asma,pneumonia dan angina pectoris.

5) Bermanfaat ketika mengalami pening,luka dalaman di bahagian kepala dan wajah,migrain dan sakit gigi.

6) Ketika mengalami berbagai jenis penyakit mata dan rabun.

7) Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita.

8) Ketika terkena sengal,sciatica dan tulang.

9) Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis.

10) Ketika mengalami sakit bahu,dada dan punggung.

11) Bermanfaat mengatasi kemalasan,kelesuan dan banyak tidur.

12) Bermanfaat mengatasi luka-luka,bisul,jerawat dan gatal-gatal kulit.

13) Bermanfaat mengatasi pericarditis dan (radang selaput jantung) dan nephritis (radang ginjal) yang parah.

14) Bermanfaat mengatasi keracunan.

15) Bermanfaat mengatasi luka-luka bernanah.

INDIVIDU YANG DILARANG UNTUK MENJALANI RAWATAN BEKAM

Image
1) Wanita hamil 3 bulan pertama.

2) Pesakit kulit yang serius.

3) Pesakit darah rendah yang serius.

4) Orang tua yang terlalu uzur.

5) Wanita haid.

HARI YANG TIDAK DIANJURKAN UNTUK RAWATAN BEKAM SUNNAH

Image
Setiap hari RABU kerana hari tersebut turunnya penyakit kusta.

76 PENYAKIT YANG BOLEH DISEMBUHKAN OLEH RAWATAN BEKAM

Image
1) Kegemukan
2) Penyakit kaki gajah
3) Sakit pinggang
4) Sakit perut
5) Sembelit
6) Gangguan jantung
7) Radang perut
8) Alergi makanan
9) Sengal tulang
10) Sesak nafas
11) Asma
12) Insomnia
13) Cirit birit
14) Kejang otot
15) Kencing manis
16) Gangguan pundi
17) Menggigil
18) Kencing malam
19) Tonsil
20) Gatal-gatal
21) Radang usus besar
22) Stress
23) Gangguan pundi hempedu
24) Pusingan haid tidak teratur
25) Masalah Ginjal
26) Tekanan darah tinggi
27) Sakit lutut dan sendi
28) Sakit kaki
29) Sakit tulang belakang
30) Gangguan jiwa
31) Stroke
32) Gout
33) Rematoid
34) Bisul
35) Kurang imun
36) Sinus
37) Sakit kawasan perut
38) Gangguan rusuk
39) Buasir
40) Mandul
41) Kuat tidur
42) Membaiki peredaran darah
43) Pembuluh darah sempit/sumbat
44) Sakit punggung
45) Badan kurus
46) Membuang tabiat merokok
47) Sakit bahu/tengkuk
48) Pekak
49) Jangkitan kuman
50) Kurang daya ingatan
51) Kurang fokus
52) Sakit punggung
53) Gangguan pundi
54) Kaki semut-semut
55) Salah urat
56) Lumpuh menyel…

DIANJURKAN BERPUASA SEBELUM BERBEKAM

Image
Pesakit yang ingin melakukan bekam sunnah dianjurkan berpuasa sehari sebelum melakukan rawatan bekam supaya darah kotor akan keluar secara maksimum yang hikmahnya menyembuhkan segala jenis penyakit.

SEMUA PENYAKIT DIDUNIA INI BOLEH DIRAWAT DENGAN KAEDAH BEKAM

Image
Melalui kajian saintifik dan R&D perubatan moden,maka tidak syak lagi semua penyakit boleh dirawat dan disembuhkan melalui kaedah bekam sunnah hatta penyakit kencing manis sekalipun.

BOLEHKAH KITA MENGAMBIL UPAH SEBAGAI JURUBEKAM ?

Image
Jawapannya BOLEH...kerana ada hadis yang menyokongnya..

"Nabi SAW pernah memanggil seorang hamba kami yang ahli bekam,dia membekam baginda,lantas baginda memerintahkan agar membayarnya dengan satu sha' atau satu mud atapun dengan dua mud.Baginda membicarakan persoalannya,lantas ufti hamba itu dikurangkan"
(Al Misykat 2953)

SUHU BILIK RAWATAN BEKAM SEBAIKNYA SUAM/PANAS

Image
Bilik untuk rawatan bekam hendaklah tidak sejuk dan suhu yang dianjurkan adalah suam/panas kerana ia akan memudahkan proses pengaliran darah kotor keluar melalui badan.

PEN BEKAM DAN JARUM LANCET YANG DIGUNAKAN DALAM RAWATAN BEKAM

Image
Gambar diatas ialah pen bekam dan lancet yang berfungsi untuk melakukan tusukan pada kulit bagi mengeluarkan darah kotor dalam proses bekam darah.

Kaedah yang digunakan ini tidak meninggalkan sebarang parut pada kawasan yang ditusuk/bekam dan juga tiada lagi rasa kesakitan semasa tusukan lancet kerana tusukan pen bekam ini amat-amat laju.

Jarum lancet ini adalah pakai buang dan setiap pesakit akan diperuntukkan 1 jarum lancet.

AMALAN RAWATAN BEKAM DARAH MAMPU MEMBUANG ANGIN DARI DALAM BADAN

Image
Bagi individu yang sering mengalami keletihan dan kelesuan akibat kerja mahupun belajar,berbekam darah pada kawasan tengkuk,bahu dan otot belikat mampu memberikan kesegaran pada tubuh badan kerana selepas berbekam anda akan sendawa dan banyak angin akan keluar dari badan serta badan akan terasa ringan.

PERLU SEDIKIT URUTAN SEBELUM RAWATAN BEKAM

Image
Urutan perlu dilakukan selama 20 saat dengan menggunakan ibu jari pada kawasan yang hendak kita lakukan bekam darah.Urutan ini dilakukan sebelum dan selepas rawatan bekam,bagi urutan sebelum berbekam,ini dilakukan supaya kulit tidak terasa perit bila sedutan bekam dilakukan dan membuatkan darah kotor keluar agak banyak sikit kerana saluran darah mulai lancar.Bagi urutan selapas berbekam,tujuannya ialah untuk menghilangkan kesan lebam pada point bekam selepas sesi berbekam.Minyak yang disyorkan untuk urutan dalam proses berbekam ialah Minyak Zaitun Safi kerana ia tidak terlalu berminyak,mudah kering,banyak mengandungi vitamin dan berbau agak wangi.

ANGGOTA BADAN YANG DILARANG UNTUK RAWATAN BEKAM

Image
1) Mata
2) Hidung
3) Telinga
4) Kemaluan
5) Dubur
6) Pusat
7) Mulut
8) Kawasan yang bernanah
9) Kawasan yang ada luka

RAWATAN BEKAM MAMPU MENGAWAL PENYAKIT KENCING MANIS

Image
Ini adalah satu berita baik untuk penderita penyakit kencing manis,amalan berbekam sebulan sekali amatlah bagus bagi mereka kerana kandungan gula dalam saluran darah agak berkurangan sejurus selesai proses berbekam.Bagi orang yang sihat pula,selagi mereka konisisten berbekam sebulan sekali,maka ia akan dhindari dari terkena penyakit kencing manis diusia tua nanti,insyaAllah...

AMALAN MENJALANI RAWATAN BEKAM MENINGKATKAN KUALITI KESIHATAN DIRI

Image
Bagi individu diluar sana yang sering mengamalkan perubatan bekam sunnah,anda pasti menyedari bahawa kualiti kesihatan badan anda akan terasa meningkat dari masa ke semasa.Berbekam secara umum adalah proses penyahtoksidan badan melalui pengeluaran darah kotor,jadi jika kita kerap berbekam,maka semakin hari semakin kuranglah kandungan toksid dalam darah dan dalam masa yang sama semakin banyak penghasilan sel darah merah yang baru serta sel darah putih yang menyumbang kepada peningkatan antibodi dalam badan amnya...inilah namanya mukjizat bekam...

MENGAPA SETIAP INDIVIDU PATUT MENJALANI RAWATAN BEKAM

Image
Selepas 3 bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan.

Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru. Darah yang baru mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh. Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.
Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam.
"Dengan ringkasan diatas, dapatlah disimpulkan keharusan berbekam kepada kita yang ma…

SENARAI HADIS TUNTUTAN UNTUK MENJALANI RAWATAN BEKAM

Image
Nabi SAW bersabda: “Jibril telah memberitahu aku bahawa hijamah adalah ubat yang paling bermanfaat bagi manusia.”
Nabi SAW bersabda: “Ubat yang termujarab untuk pengubatan kamu semua adalah hijamah dan qusthul bahri (kayu hindi, sejenis kayu yang selalunya digunakan untuk ubat dan pewangi).”
Nabi SAW bersabda: “Jika ada kebaikan dalam ubat yang kamu gunakan, maka hal itu adalah hijamah.”
Nabi SAW bersabda: “Dalam hijamah mengandungi ubat penyembuh.”
Nabi SAW bersabda: “Sungguh hal terbaik yang kamu semua pergunakan untuk pengubatan adalah hijamah dan qusthul bahri. Maka janganlah menyeksa anak-anak kamu dengan ghumz (menekan anak tekak yang sakit pada kerongkong anak dengan telunjuk).
Nabi SAW bersabda: “Kesembuhan ada pada tiga hal; membelah kulit demi hijamah, meminum madu dan membakar dengan api hanya saja aku larang pada umatku dari membakar dengan api.”
Nabi SAW bersabda: “Hijamah ialah ubat terbaik untuk digunakan terapi oleh manusia.”
Nabi SAW bersabda: “Sungguh dalam hijamah t…

RAWATAN BEKAM THIBBUN NAWAWI - UMMU MUGHTIS

Image
Dari Ibnu Umar RA bercerita bahawa : "Nabi Muhammad SAW pernah berbekam di kepalanya dan menyebutnya dengan UMMU MUGHTIS"

Point tersebut berada di ubun-ubun dan bermanfaat untuk mengatasi penyakit Angin Ahmar,Hipertensi,Pening Berpusar,Migrain dan juga Sihir.

RAWATAN BEKAM THIBBUN NAWAWI-POINT QUMAH DUWAH

Image
Sabda Rasulullah SAW "hendaklah kalian semua melakukan perubatan dengan bekam di tengah tengkuk,kerana sesungguhnya hal itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit"

Point bekam ini bermanfaat untuk penyakit ringan dan berat seperti pandangan kabur,meningkatkan daya ingatan,sakit kepala,sakit bahu dan kerongkong.

RAWATAN BEKAM DI PUSAT KEPALA MAMPU MENYEMBUHKAN PENYAKIT STROK

Image
Rawatan bekam di pusat kepala adalah titik yang paling afdhal dan mustajab dalam menyembuhkan penyakit strok dan juga rihul ahmar.Pesakit disyorkan berbekam 2 minggu sekali sehingga sembuh.

RAWATAN BEKAM DI PUSAT KEPALA MAMPU MENYEMBUHKAN SIHIR SANTAU

Image
Rawatan bekam di pusat kepala juga mampu menyembuhkan sihir santau dan pesakit juga perlu mengamalkan minum madu asli 3x sehari selama sebulan.Kekerapan berbekam kes sihir santau ialah seminggu sekali sehingga sembuh.

RAWATAN BEKAM DI PUSAT KEPALA MAMPU MENYEMBUHKAN SEGALA JENIS SIHIR

Image
Petanda terkena sihir ialah kerap sakit kepala,dada,pinggang,rusuk kiri kanan,jantung pada waktu lepas asar keatas dan kerap bermimpi yang menakutkan.Bagi rawatan bekam merawat sihir,mangsa-mangsa sihir perlu kerap berbekam di pusat kepala seminggu sekali sehingga sembuh,insyaAllah berkesan.

RAWATAN BEKAM DI KEPALA MAMPU MENYEMBUHKAN GANGGUAN SAKA

Image
Rawatan bekam di pusat kepala juga mampu menyembuh gangguan saka.Petanda seseorang itu terkena saka ialah ia kerap bermimpi menyusukan bayi,bermimpi ada oraang memberi amalan,boleh merawat dan mengurut belajar melalui mimpi,panas baran,mengetahui sesuatu perkara sebelum terjadi dan mudah melihat makhluk halus.Pesakit-pesakit gangguan saka disyorkan berbekam seminggu sekali sehingga sembuh,insyaAllah berkesan..

RAWATAN BEKAM DI PUSAT KEPALA MAMPU MENYEMBUHKAN MASALAH RABUN MATA

Image
Rawatan bekam di pusat kepala juga mampu menyembuhkan penyakit rabun baik rabun dekat ataupun rabun jauh.Pesakit rabun disyorkan berbekam di pusat kepala dua minggu sekali sebanyak tiga kali sesi,insyaAllah sembuh.

KEKERAPAN MENJALANI RAWATAN BEKAM

Image
Kekerapan disyorkan untuk orang sihat ialah sebulan sekali,bagi mereka yang berpenyakit disyorkan berbekam 2 minggu sekali hingga sembuh.

RAWATAN BEKAM DI PUSAT KEPALA MAMPU MENINGKATKAN DAYA INGATAN

Image
Rawatan bekam dipusat kepala juga mampu meningkatkan daya ingatan dan memori serta meningkatkan tahap kecerdikan.Anda diluar sana perlu istiqomah berbekam sebulan sekali di pusat kepala pada pertengan bulan islam,insyaAllah berhasil.

WAKTU YANG AFDHAL MENJALANI RAWATAN BEKAM

Image
Waktu terbaik untuk rawatan bekam ialah pada waktu pagi sebelum sarapan yakni perut kita dalam keadaan kosong kerana disitu ada banyak hikmah untuk menyembuhkan segala penyakit.

TARIKH YANG AFDHAL UNTUK MENJALANI RAWATAN BEKAM

Image
Dalil Tarikh Berbekam

Dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda, "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit."
(Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

Dari Ibnu Abbas R.A, ia berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda, "Berbekamlah pada hari ke-17 dan ke-21, sehingga darah tidak akan mengalami hipertensi yang dapat membunuh kamu." (Kitab Kasyful Astaar ‘anZawaa-idil Bazar, karyaal-Haitsami)
Catatan :
Al-Khallal berkata, "Aku diberitahu Ishmah bin Isham, dia berkata, Aku diberitahu Hambal, dia berkata, "Abu Abdullah Ahmad bin Hambal biasa melakukan bekam pada bila-bila masa ketika darah tidak normal dan tidak kira waktunya." Dari beberapa hadith di atas dapat disimpulkan bahawa Nabi S.A.W biasa melakukan bekam ketika sakit, tanpa harus melihat bila waktunya, tanpa perlu menunggu hingga tiba waktu tertentu.

RAWATAN BEKAM MAMPU MENYEMBUHKAN MASALAH SENGGUGUT

Image
Boleh dikatakan 90% wanita mengalami sakit ketika haid atau nama lainnya senggugut,dimana darah haid turun dengan pergerakan yang kurang lancar atau tersekat-sekat.Sakit ketika haid ini secara tak langsung menjejaskan emosi wanita sehingga menjadikan mereka moody dan panas baran.Untuk mengatasi masalah ini,para wanita disyorkan untuk melakukan al hijamah/berbekam sebulan sekali secara konsisten,insyaAllah darah haid anda turun dengan lancar dan tidak berlaku senggugut lagi.