Monday, 16 May 2011

DIAGNOSIS BEKAM-Analisa Bintik Putih Tapak Tangan


Bila kita analisis tapak tangan pesakit,jika banyak terdapat bintik putih pada tapak tangan bermakna badan pesakit banyak angin.Angin disini bermaksud gas yang terhasil dari pencernaan yang tidak sempurna.Angin mengikut istilah perubatan herba terdapat pada tiga tempat iaitu angin duduk,angin darah dan juga angin sendi.Bagi jurubekam,point bekam untuk menyingkirkan segala angin pada tubuh pesakit ialah bekam darah 10 point pada bahagian otot belikat,tengkuk dan juga bahu,insyaAllah sejurus lepas berbekam pesakit akan sendawa,badan pesakit akan terasa ringan dan juga tidak lesu lagi.