Posts

Showing posts from December, 2011

MERASUK SEMASA RAWATAN AURA SERI

Image
Ini kisah benar berlaku 5 hari lepas apabila seorang wanita pertengahan 30an dari Klang berjumpa saya untuk mendapatkan rawatan aura seri bagi meringankan masalah jodoh.Beliau kerap mengadu sakit pinggang,badan lebam-lebam dan banyak halangan apabila menjalin hubungan dengan lelaki.Dipendekkan cerita saya terus menyuruh beliau duduk melunjur kearah kiblat sambil memejamkan mata,lalu saya membaca ayat al quran pembatal sihir dan penyeri wajah.Dalam masa 5 minit ayat al quran dibacakan,badan beliau kerasukan seperti bergoyang-goyang dengan agresif.Ini petanda ada gangguan yang aktif bergerak dalam alirah darah pesakit,tanpa mengendahkan respon tersebut saya terus membacakan lagi ayat al quran yang panjang selama 15min sambil menepuk tengkuk pesakit,alhamdulillah rawatan dipermudahkahkan olehNya,pesakit mula muntah dengan banyak.Selepas tamat bacaan ruqyah,pesakit merasa lega dan ringan pada seluruh tubuh badan,saya mengesyorkan pesakit minum dan mandi air doa serta bunga selama 3 hari b…

MAKIN RAMAI PULAK LELAKI KEJAR SAYA...

Ini kisah benar berlaku pada seorang wanita berumur lewat 30an yang sudah menjalani rawatan aura seri dari pihak kami sebanyak 3x sesi.Sebelum datang mendapatkan rawatan beliau mengadu sering rasa sepi dan rendah diri akibat tiada lelaki/jodoh yang sesuai dalam hidup beliau.Sesudah sebulan menjalani rawatan aura seri dari pihak kami,kini beliau diburu ramai lelaki pula termasuk yang lelaki bergelar VIP.Saya nasihatkan kepada beliau supaya kerap solat istikharah minta petunjuk daripada Allah SWT tentang lelaki mana yang sesuai menjadi calon suaminya dimasa-masa akan datang.



Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

AMALAN BERBEKAM 2 MINGGU SEKALI MENYEMBUHKAN PENYAKIT GANGGUAN JIN SANTAU/SIHIR/SAKA

Image
Para pembaca blog diluarsana yang menederita pelbagai penyakit gangguan jin disyorkan berbekam 2 minggu sekali sebanyak 3x sesi,insya Allah penyakit gangguan jin anda akan makin berkurangan.Rasulullah SAW 1400 tahun dahulu pernah berbekam dikepala menggunakan tanduk bagi menyembuhkan penyakit sihir beliau angkara ahli sihir yahudi laknatullah.Titik bekam disyorkan dibahagian kepala,tengkuk dan tempat yang sakit akibat penyakit gangguan jin tersebut.Herba tambahan yang perlu diambil ialah makan habbatus sawda 1bj pagi dan 1 bj petang selama sebulan,insyaALLAH sembuh..

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

Sabda RASULULLAH SAW : "Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam".Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu?,baginda menjawab, Al-Sam itu ialah maut" Hadis Sahih Al-Buk…

AURA POSITIF PADA DIRI ADALAH MAGNET REZEKI

Image
Rawatan aura seri kami berkhasiat dalam menyingkirkan aura negatif pada badan dan mengekalkan aura positif pada badan.Aura positif pada badan secara tak langsung akan memberikan kesegaran pada tubuh badan dan menyerikan wajah serta menghindari wajah kusam.Apabila selesai menjalani rawatan aura seri dari kami,para pelanggan mudah untuk fokus dalam melakukan satu-satu perkara.Pelanggan juga disyorkan untuk mengekalkan aura positif pada badan dengan sentiasa berfikiran positif dalam setiap tindak tanduk,fikiran positif akan memandu kita melakukan perkara kebaikan setiap masa.Setiap perkara kebaikan pasti akan mendapat ganjaran pahala dan turunnya rahmat dari Allah SWT,dari turunnya rahmat itulah pintu rezeki kita mula terbuka.

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

PESAKIT GANGGUAN JIN ATAUPUN PENGIDAP PENYAKIT ORGAN DALAMAN DISYORKAN MINUM/SAPU MINYAK ZAITUN

Image
Buah zaitun adalah buah yang mengandungi mukjizat dalam menyembuhkan 1001 penyakit manusia baik penyakit fizikal/gangguan jin.Buah zaitun disebut sebanyak 7 kali dalam Al Quran dan banyak juga disebut pada hadis-hadis sahih,maka tidak syak lagi buah zaitun amat-amat mujarab dalam menyembuhkan bermacam-macam penyakit.Pesakit disyorkan minum minyak zaitun dara 1 sudu setiap pagi selama sebulan untuk kesan kesembuhan yang maksimum dan minyak zaitun juga sesuai dilumur pada anggota badan yang sakit baik berpunca dari gangguan mahupun penyakit fizikal amnya.

RASULULLAH SAW pernah bersabda : "Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat" (Hadis Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

SIFAT UNSUR AIR AKAN MERAKAM SEGALA BUNYI

Image
Dalam rawatan aura seri,pelanggan,limau nipis,bunga dan juga air mineral mengandungi unsur-unsur air,air adalah makhluk bernyawa yang boleh merakam segala bunyi.Dalam rawatan aura seri,perawat hanya membacakan ayat suci al quran sahaja,molekul-molekul air yang merakam ayat-ayat tadi akan berubah menjadi kristal dan secara tak langsung menjadi ubat dan menyingkirkan aura-aura negatif pada badan.

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

TERASA BULUH KELUAR DARI KAKI

Image
Dua hari lepas kami dijemput untuk merawat seorang wanita di Batu Caves yang disyaki terkena santau akibat dengki oleh rakan sekerja,pesakit tersebut kerap bermipi dipatuk ular,badan bisa-bisa dan muntah darah.Sampai sahaja dirumah pesakit kami terus membacakan set ayat ruqyah pembatal sihir kepada pesakit sehingga tamat.Selesai sahaja bacaan ruqyah,pesakit memberitahu kami semasa beliau memejamkan mata tadi,beliau nampak banyak buluh runcing berselerakan keluar dari dibahagian kaki dan dalam masa yang sama juga beliau turut merasai secara fizikal seperti ada sesuatu keluar dari hujung kaki.Kami berikan pesakit minum madu + air ruqyah dan kami spray seluruh rumah pesakit bagi mematikan sebarang objek sihir/jin yang berada dalam kawasan rumah pesakit.Pesakit juga disyorkan mandi air ruqyah selama 7 hari berturut-turut,banyak membaca ayat-ayat perlindungan serta berpantang makanan yang berlimau,bercuka,rebung,bergaram dan pedas selama 3 bulan,rawatan tamat...

Bagi sesiapa yang berminat…

GANGGUAN JIN DI PIHAK ISTERI BOLEH MENYEBABKAN SUAMI DINGIN SEKS

Image
Seminggu yang lepas kami menerima jemputan dari seorang surirumah berumur awal 30an di Klang yang inginkan rawatan aura seri.Beliau berminat rawatan aura seri ini kerana beliau merasakan suaminya kurang mengambil perhatian pada diri beliau lebih-lebih lagi hal nafkah batin semenjak 2-3 tahun kebelakangan ini.Dipendekkan cerita kami membacakan ruqyah aura seri pada beliau,dalam masa sesi ruqyah kami melihat surirumah tersebut tidak selesa seperti sakit pinggang dan sebagainya.Setelah selesai sesi ruqyah,kami bertanyakan apa respon pada tubuh badan semasa kami membacakan ayat-ayat ruqyah tadi.Surirumah tersebut menyatakan yang beliau sakit pinggang dan muka terasa panas,mengikut pengalaman kami yang lepas-lepas,jika simptom sakit pinggang semasa diruqyah itu adalah petanda pesakit terkena sihir pemisah rumahtangga.Selain itu,surirumah tersebut menyatakan yang beliau sering bermimpi dipatuk ular semenjak kebelakangan ini,mimpi dipatuk ular adalah petanda kita sedang diganggu jin.Sebelum …

PUNCA WAJAH KUSAM

Image
Punca wajah kusam adakalanya apabila kita terbelenggu dengan masalah gangguan jin yang berpanjangan seperti sihir ataupun saka.Jika kita tidak dirawat dengan kaedah perubatan islam yang betul-betul haq gangguan pasti akan datang lagi.Apabila gangguan jin menetap dibadan sedikit sebanyak aura negatif pasti melingkari tubuh kita,sebab itu jika kita melihat wajah kita dicermin dan nampak kelihatan kusam,saya syorkan anda mendapatkan rawatan aura seri dari kami,insyaALLAH tiada lagi aura negatif melingkari tubuh badan anda dan wajah pun kelihatan berseri kelak.


Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82