GANGGUAN JIN DI PIHAK ISTERI BOLEH MENYEBABKAN SUAMI DINGIN SEKS

Seminggu yang lepas kami menerima jemputan dari seorang surirumah berumur awal 30an di Klang yang inginkan rawatan aura seri.Beliau berminat rawatan aura seri ini kerana beliau merasakan suaminya kurang mengambil perhatian pada diri beliau lebih-lebih lagi hal nafkah batin semenjak 2-3 tahun kebelakangan ini.Dipendekkan cerita kami membacakan ruqyah aura seri pada beliau,dalam masa sesi ruqyah kami melihat surirumah tersebut tidak selesa seperti sakit pinggang dan sebagainya.Setelah selesai sesi ruqyah,kami bertanyakan apa respon pada tubuh badan semasa kami membacakan ayat-ayat ruqyah tadi.Surirumah tersebut menyatakan yang beliau sakit pinggang dan muka terasa panas,mengikut pengalaman kami yang lepas-lepas,jika simptom sakit pinggang semasa diruqyah itu adalah petanda pesakit terkena sihir pemisah rumahtangga.Selain itu,surirumah tersebut menyatakan yang beliau sering bermimpi dipatuk ular semenjak kebelakangan ini,mimpi dipatuk ular adalah petanda kita sedang diganggu jin.Sebelum pulang kami menerangkan panduan selepas rawatan kepada beliau seperti minum air doa dan mandi air doa beserta bunga dan limau nipis selama 3 hari,insyaALLAH sembuh dan wajah pun berseri.

Bagi sesiapa yang berminat untuk rawatan aura seri ataupun rawatan gangguan jin ketempat anda,sila SMS ke 013-347 5449 Utz Haikal untuk temujanji.

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

Popular posts from this blog

AL KISAH RAWATAN BEKAM DI PUCHONG PERDANA

DOA SEBELUM BERBEKAM