MERASUK SEMASA RAWATAN AURA SERI

Ini kisah benar berlaku 5 hari lepas apabila seorang wanita pertengahan 30an dari Klang berjumpa saya untuk mendapatkan rawatan aura seri bagi meringankan masalah jodoh.Beliau kerap mengadu sakit pinggang,badan lebam-lebam dan banyak halangan apabila menjalin hubungan dengan lelaki.Dipendekkan cerita saya terus menyuruh beliau duduk melunjur kearah kiblat sambil memejamkan mata,lalu saya membaca ayat al quran pembatal sihir dan penyeri wajah.Dalam masa 5 minit ayat al quran dibacakan,badan beliau kerasukan seperti bergoyang-goyang dengan agresif.Ini petanda ada gangguan yang aktif bergerak dalam alirah darah pesakit,tanpa mengendahkan respon tersebut saya terus membacakan lagi ayat al quran yang panjang selama 15min sambil menepuk tengkuk pesakit,alhamdulillah rawatan dipermudahkahkan olehNya,pesakit mula muntah dengan banyak.Selepas tamat bacaan ruqyah,pesakit merasa lega dan ringan pada seluruh tubuh badan,saya mengesyorkan pesakit minum dan mandi air doa serta bunga selama 3 hari bagi menawarkan segala gangguan dalam badan.Amalan ayat-ayat syifa diberikan kepada pesakit untuk pesakit bagi memaksimumkan aura diri dan pendinding diri.

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

Popular posts from this blog

AL KISAH RAWATAN BEKAM DI PUCHONG PERDANA

DOA SEBELUM BERBEKAM