Sunday, 30 October 2011

BEKAM THIBBUN NABAWI MAMPU MENYEMBUHKAN GANGGUAN SAKA

Bagi mereka yang rasa dirinya berSAKA,anda disyorkan berbekam di point kepala dan tengkuk pada 17/19/21 kalendar islam ,insyaAllah gangguan SAKA anda akan makin berkurangan...

Petanda diri berSAKA...

1) Sering bermimpi kanak-kanak atau menyusukan bayi.

2) Bermimpi bintang seperti kucing/harimau.

3) Bermimpi rumah lama.

4) Bermimpi ahli keluarga yang telah lama meninggal dunia.

5) Panas baran.

6) Tahu sesuatu perkara sebelum terjadi (sixth sense).

7) Boleh melihat makhluk halus.

8) Boleh mengurut/mengubat belajar melalui mimpi.

9) Sakit/pengsan ketika menziarahi orang meninggal.

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

Saturday, 29 October 2011

AL HIJAMAH THIBBUN NABAWI AL-RA`SUN (Pusat Kepala)

Rasulullah SAW kerap berbekam pada titik ini, khasiatnya ia sangat bermanfaat untuk menghilangkan pengaruh sihir, angin ahmar, pening kepala tahap kronik dan migrain. Bekam menggunakan pen bekam perlu 3 kali pembuangan darah dan jika menggunakan sayatan pisau bekam perlu 5 kali proses pembuangan darah. Tarikh yang afdhal berbekam titik ini ialah pada 17/19/21hb kalendar islam iaitu sebelah pagi dalam keadaan perut kosong (tanpa sarapan).
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

AL HIJAMAH THIBBUN NABAWI AL-AKHDA AIN (Urat Leher)

Rasulullah SAW kerap berbekam pada titik urat leher ini, khasiatnya ialah dapat mengatasi hipertensi dan angin ahmar pada bahagian kepala dan wajah. Hadis sahih ada menyebut "Rasulullah SAW pernah berbekam pada Al Akhda Ain dan bahu baginda. Baginda biasa berbekam pada hari ke 17,19 ataupun 21"

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

AL HIJAMAH THIBBUN NABAWI 'ALA WARIK (Pinggul)

Rasulullah SAW pernah berbekam pada titik pinggul ini, khasiantnya ialah dapat menyembuhkan masalah ginjal, sukar buang air kecil, menghilangkan rasa pedih jika pernah jatuh terduduk dan juga menyembuhkan penyakit gout.

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

THIBBUN NABAWI:BIMBINGAN RASULULLAH SAW DALAM MERAWAT SIHIR

1)Mencari/menghapuskan barang ataupun tangkal sihir.

-Dalam 70% pesakit gangguan jin selalunya akan melibatkan barang sihir yang terletak pada rumah pesakit,pejabat ataupun kenderaan.

-Pesakit disyorkan membaca Al-Kautsar 10x sebelum tidur minta petunjuk mimpi dari Allah SWT dimana letaknya barang sihir tersebut.Jika pesakit beroleh mimpi tersebut,pesakit cari barang sihir tersebut dan membakarnya.

-Pada hemat saya,pesakit disyorkan memasang CD surah Al Baqarah 1x tiap-tiap waktu maghrib selama sebulan bagi mengurangkan pengaruh sihir dikawasan rumah.

-Pada hemat saya juga,pesakit boleh spray air yang sudah dibacakan ruqyah seperti bacaan kursi 70x dengan spray menghala keatas syiling rata-rata didalam dan luar kawasan rumah.Waktu spray disyorkan selepas maghrib selama sebulan,insyaAllah pengaruh sihir dikawasan rumah akan berkurangan dari hari kehari.

2)Mengeluarkan endapan sihir dari badan.

-Apabila jin sihir mendiami saluran darah manusia,secara tak langsung darah kita akan menjadi cepat kotor lalu menyebabkan beberapa penyakit fizikal seperti kerap sakit kepala,dada,pinggang,batuk dan juga sendi-sendi badan.Selain itu,badan juga boleh menjadi sakit-sakit apabila kerap termakan benda kotor/santau dari penyihir.

-Pesakit disyorkan minum 2 sudu cuka epal yang sudah dibacakan ruqyah setiap pagi bagi menawarkan segala barang-barang kotor yang sudah termakan.
-Pesakit perlu menjalani rawatan Al Hijamah/Bekam 2 minggu sekali bagi mengeluarkan darah kotor/endapan akibat sihir dari saluran darah badan.

-Pesakit juga disyorkan makan 7 biji kurma ajwa setiap pagi selama sebulan bagi menambah tenaga badan dan akibat lesu sihir dan secara tak langsung pengaruh sihir akan makin berkurangan.

-Pesakit perlu minum dan mandi dengan 7 helai daun sidir (bidara) yang sudah dilumatkan setiap hari selama 3 hari.Air campuran daun bidara ini perlulah dibacakan terlebih dahulu al fatehah,kursi dan 3 qul.

-Pesakit juga disyorkan menyapu anggota badan yang sakit-sakit akibat sihir dengan menggunakan Minyak Zaitun/Minyak Habbatus Sauda yang sudah diruqyah tiap-tiap hari.

3)Penyembuhan sihir dengan doa,zikir dan ayat al quran.

-Perawat islam perlu membacakan zikir,doa dan ayat-ayat ruqyah dari al quran pada pesakit sihir/gangguan jin.

-Pesakit juga perlu mengamalkan zikir perlindungan diri,solat hajat setiap hari berdoa diminta kesembuhan dari Allah SWT serta membaca Yaseen 1x tiap-tiap lepas solat isyak sehingga sembuh.

Nota:Kitab Thibbun Nabawi dikarang oleh Ibnu Qayyim Al Jauziah.Semua isi dalam kitab thibbun nabawi adalah ilmu wahyu yang disampaikan oleh Malaikat Jibril kepada Rasulullah SAW untuk membimbing seluruh umat islam dalam merawat segala penyakit fizikal/spritual dan salahsatu isi kandungan modul kitab tersebut adalah kaedah merawat sihir.

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

AL HIJAMAH THIBBUN NABAWI AL-KATIFAIN (Bahu)

Rasulullah SAW pernah berbekam pada titik ini,ia berkhasiat dalam menyembuhkan sakit bahu,leher dan stress.

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

AL HIJAMAH THIBBUN NABAWI AL-KAAHIL (Hujung Tulang Belakang)

Rasulullah SAW pernah berbekam pada titik ini,ia berkhasiat dalam menyembuhkan sakit kepala dan saraf.

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

AL HIJAMAH THIBBUN NABAWI ALA-DZOHRIL QODAMI (Betis)

Rasulullah SAW pernah berbekam pada titik ini,ia berkhasiat dalam menyembuhkan sakit kebas-kebas kaki dan gout.

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

RUQYAH + BEKAM = RAWATAN AMPUH GANGGUAN JIN

Hampir 2 tahun En Ahmad dan Utz Hanafiah menjalankan kajian kes tentang kaedah ampuh rawatan gangguan jin menggunakan gabungan 2 teknik iaitu teknik ruqyah dan al hijamah/bekam. Dari pemerhatian kami dan respon dari pesakit kami yang lepas, ternyata banyak kes berat dapat kami selesaikan dengan izinNya dan jangkamasa kesembuhan pun semakin pantas.

Bagi pesakit gangguan jin diluar sana yang masih lagi menderita penyakit santau, sihir dan juga saka,saya syor anda istiqomah 2 minggu sekali menjalani rawatan terapi ruqyah syar'iyah dan al hijamah, insyaAllah penyakit gangguan jin anda cepat sembuh, jadi tak perlulah mencari kaedah-kaedah power ataupun perawat-perawat power yang ada nama lagi..Setiap kaedah perubatan yang disebutkan dalam al quran dan hadis mempunyai jaminan kesembuhan dari Allah SWT. Dalam sibuk kita berikhtiar dalam rawatan, nasihat kami ialah utamakanlah kaedah al quran dan sunnah....

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

BEKAM DARAH JUGA MAMPU MEMBUANG ANGIN DARI BADAN

Bagi individu yang sering mengalami keletihan dan kelesuan akibat kerja mahupun belajar, berbekam darah pada kawasan tengkuk, bahu dan otot belikat mampu memberikan kesegaran pada tubuh badan kerana selepas berbekam anda akan sendawa dan banyak angin akan keluar dari badan serta badan akan terasa lebih ringan.

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

MANFAAT RAWATAN BEKAM DARAH/BEKAM SUNNAH

1) Boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.
2) Memperbaiki aliran pembuluh darah.
3) Menghilangkan kejang-kejang dan luka dalaman pada otot.
4) Bermanfaat bagi penderita asma, pneumonia dan angina pectoris.
5) Bermanfaat ketika mengalami pening, luka dalaman di bahagian kepala dan wajah,migrain dan sakit gigi.

6) Ketika mengalami berbagai jenis penyakit mata dan rabun.
7) Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita.
8) Ketika terkena sengal, sciatica dan tulang.
9) Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis.
10) Ketika mengalami sakit bahu, dada dan punggung.
11) Bermanfaat mengatasi kemalasan, kelesuan dan banyak tidur.
12) Bermanfaat mengatasi luka-luka, bisul, jerawat dan gatal-gatal kulit.
13) Bermanfaat mengatasi pericarditis dan (radang selaput jantung) dan nephritis (radang ginjal) yang parah.
14) Bermanfaat mengatasi keracunan.
15) Bermanfaat mengatasi luka-luka bernanah.

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

AMALAN BERBEKAM YANG KONSISTEN MUNURUNKAN KADAR GULA DALAM DARAH

Darah kotor yang keluar dalam proses berbekam akan membawa sekali unsur gula,insyaAllah anda akan dihindari dari terkena penyakit kencing manis jika konsisten berbekam sebulan sekali.

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

BEKAM TITIK DI KAWASAN TENGKUK ADALAH TITIK WAJIB

Proses bekam/al hijamah adakalanya melibatkan banyak titik bergantung kepada jenis penyakit seseorang. Titik yang paling penting dalam proses al hijamah ialah 4 titik bekam di kawasan tengkuk yang melibatkan titik al kahil, titik qumah duwah dan juga al akhdain.T itik bekam di kawasan tengkuk adalah lokasi yang strategik dimana pembuluh darah utama badan melalui titik tersebut, dan apabila proses al hijamah dilakukan kesemua darah kotor yang ada diseluruh badan pastinya dapat disedut kerana tengkuk dan bahu adalah laluan utama sistem peredaran darah badan.

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

Friday, 28 October 2011

BACA KURSI & 3 QUL 1X JIKA MELIHAT DARAH YANG ADA UNSUR GANGGUAN

Bagi jurubekam diluarsana,jika anda membekam pesakit anda dan didapati darah yang keluar dari badan pesakit dalam bentuk bertali,saya syorkan anda membaca kursi & 3 qul 1x didalam hati sebagai perlindungan,kerana darah bertali itu bermaksud badan pesakit tersebut ada gangguan jin.Tapak jin dalam badan pesakit akan musnah apabila proses bekam dijalankan,sedikit sebanyak jin akan cuba menyerang jurubekam sebab itulah jurubekam pun perlu mengamalkan pendinding diri.

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

Thursday, 27 October 2011

JIN SAKA MENGHALANG PESAKIT BERBEKAM & TERAPI AURA SERI

Ini kisah benar terjadi pada hari ini apabila seorang pesakit wanita yang berhajat ingin mendapatkan terapi aura seri dan bekam di Pusat Bekam Noraini di Bangi.Beliau menetapkan temujanji hari ini pukul 8pagi,kemudian beliau membatalkan temujanji saat-saat akhir kerana jin saka dalam badan beliau mula menyerang sehingga beliau sukar bangun.Jadi kesimpulannya jin-jin pengganggu akan mengganggu pesakit dengan agresif sekali jika mendapat tahu pesakit ingin berubat,kerana apabila pesakit berubat sudah tentu jin-jin pengganggu akan mengalami kesakitan/kecederaan.

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

Friday, 21 October 2011

BEKAM OVERHAUL RM110

Rawatan bekam darah ini melibatkan 22cup diseluruh titik badan bagi meringankan badan dan menyegarkan keseluruhan badan secara maksimum serta menyembuhkan masalah kebas kaki. 

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

RAWATAN AURA SERI

Rawatan aura ini menggunakan ayat suci Al Quran as-syifa yang dibacakan pada air mineral,limau nipis serta 9 kuntum bunga dan badan pesakit.Khasiat kaedah terapi aura seri ini dapat memberikan aura positif dan menyingkirkan segala aura negatif pada badan,menaikkan seri wajah,wajah tidak kusam lagi,menghilangkan sakit pening kepala,meringankan/menyegarkan badan,mudah dapat jodoh,fokus pada kerjaya dan mudah disenangi masyarakat.Pesakit yang inginkan rawatan ini sila bawa sebotol air mineral,9 biji limau nipis & 9 kuntum bunga.Sila sms sejam awal sebelum datang ke 019-295 7929 Noraini.

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

Tuesday, 18 October 2011

AMALAN BERBEKAM MUKA MAMPU MENYEMBUHKAN MASALAH RESDUNG,JERAWAT DAN MENAIKKAN SERI WAJAH

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

Monday, 17 October 2011

UV STERILIZERS POSLAJU KETEMPAT ANDA RM300++

Bagi mereka yang inginkan pembelian secara online dan penghantaran UV STERILIZERS kerumah masing-masing menggunakan POSLAJU,sila ikuti arahan dibawah...

-Sila bankin RM330 (Semenanjung) RM350 (Sabah Sarawak) ke akaun Maybank 164212270647 Noraini Tumijan

-Sms kan AMAUN BANKIN,TARIKH BANKIN,NAMA & ALAMAT PENUH ke 019-295 7929

-Kami akan POSLAJU UV Sterilizers terus ke rumah anda

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

Sunday, 16 October 2011

UV STERILIZERS UNTUK JURUBEKAM RM300 (Menepati standard piawaian KKM)

Bagi para jurubekam diluarsana,anda boleh mendapatkan UV STERILIZERS dari pihak kami dengan harga RM300.UV STERILIZERS adalah kaedah pembasmian kuman untuk alatan bekam seperti cup bekam,pam bekam,pen dan jarum bekam dengan kaedah terkini menepati standard piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia.Jika anda berminat sila hubungi pembekal UV STERILIZERS kami iaitu Noraini 019-295 7929.

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

Friday, 14 October 2011

AMALAN BERBEKAM SEBULAN SEKALI MAMPU MENGHINDARI SAKIT BUAH PINGGANG

Sakit buah pinggang semakin meningkat dikalangan rakyat M`sia sejak kebelakangan ini,ia berpunca dari sikap orang M`sia yang kerap mengambil ubatan klinikal pada dosage yang tinggi dengan jangkamasa yang panjang.Bila terlalu banyak ubatan klinikal berada pada sistem aliran darah,ia akan meningkatkan risiko sangkutnya bahan kimia tersebut pada sistem buah pinggang dan akan mengakibatkan kerosakan pada jangka masa yang panjang.Kaedah berbekam/al hijamah pula bertindak menyedut toksid/toksin/bahan kimia ubatan dari sistem darah badan dan hasilnya kita akan dihindari terkena penyakit buah pinggang kerana aliran sistem darah pada badan kita sentiasa bersih tanpa pencemaran ubatan klinikal apabila melalui proses filter di buah pinggang.

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

Thursday, 13 October 2011

MINGGU BERBEKAM KEMBALI LAGI (17/19/21hb Islam)

Tarikh yang sesuai berbekam kembali lagi iaitu pada sabtu ini 15oct,isnin 17oct dan rabu 19oct,sila temujanji dengan para pembekam kami yer..Selamat berbekam..

Dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda, "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit."
(Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

Dari Ibnu Abbas R.A, ia berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda, "Berbekamlah pada hari ke-17 dan ke-21, sehingga darah tidak akan mengalami hipertensi yang dapat membunuh kamu."
(Kitab Kasyful Astaar ‘anZawaa-idil Bazar, karyaal-Haitsami)