DIALOG DENGAN JIN AURA SERI

Semalam saya didatangi oleh seorang wanita berasal dari Sabah yang inginkan rawatan aura seri kerana sering banyak halangan apabila mula berkawan dengan lelaki.Selain itu beliau sering mengalami sakit kepala dan sakit-sakit badan apabila menjelang maghrib dan juga mengalami masalah sukar tidur malam.Dipendekkan cerita saya terus membacakan ayat suci Al Quran pada beliau,dalam masa kurang 2 minit beliau kerasukan dengan agresif dan saya mula berdialog dengan jin pengganggu terbabit..

Perawat : Wahai jin,apa agama kamu ?
Jin : Aku islam..

Perawat : Mengapa kamu masuk kedalam badan manusia ?
Jin : Aku sayang dengan dia,masa dia kecil lagi aku sudah menjaga dia.Aku juga kasihankan dia kerana ibu-bapanya tidak pedulikan dia...

Perawat : Jika kamu jin yang beragama islam,kamu tidak boleh memasuki mana-mana badan manusia kerana hukumnya adalah haram,itu rasanya kamu tahukan..
Jin : Jika aku keluar,kamu mesti carikan tubuh baru yang lain untuk aku..

Perawat : Jadi selama ini kamu menjaga dia dan dalam masa yang sama kamu juga banyak memberi halangan apabila dia ingin berkawan dengan lelaki untuk mencari jodoh kan..
Jin : Ya,aku sayangkan dia,lelaki yang berkawan dengan dia tak boleh diharap untuk menjaga dia kelak..


Dipendekkan cerita, jin dalam badan pesakit memang banyak sangat berdalih untuk keluar dari badan pesakit secara baik.Jadi saya membacakan ayat pembatal sihir pada madu dan secawan air untuk pesakit minum dan saya laungkan azan 3kali.Jin mula meraung kepanasan selepas itu dan mula muntah,tapi proses keluarnya jin dari badan pesakit ini saya perhati secara beransur-ansur kerana bilangan jin agak banyak dan sudah terlalu lama jin tersebut menghuni badan pesakit,saya syorkan pesakit datang seminggu 3x untuk terapi al quran dan berbekam sihir dalam masa yang terdekat kerana kes ini agak berat dan jin pun boleh tahan degilnya.

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

Popular posts from this blog

AL KISAH RAWATAN BEKAM DI PUCHONG PERDANA

DOA SEBELUM BERBEKAM