MASALAH SELESAI SETELAH RAWATAN AURA SERI


Ini kisah benar berlaku pada seorang pesakit wanita yang sudah menjalani rawatan aura seri dengan kami.Sebelum mendapatkan rawatan beliau mengalami beberapa masalah peribadi seperti penyewa lambat membayar sewa rumahnya hampir ribuan ringgit dan juga tunggakan bil Tnb mencecah RM1K serta beberapa masalah penyakit fizikal seperti sakit kepala dan juga gatal-gatal badan .Semasa sesi rawatan aura seri yang pertama beliau terasa haus sangat semasa diruqyah,nafas laju dan juga pening-pening kepala serta muntah dengan banyaknya pada keeseokan harinya.Alhamdulillah badan-badan gatal yang beliau alami sejak sekian lama juga turut pulih setelah membuat mandian aura seri dirumah.Kemudian selang beberapa minggu beliau datang lagi untuk susulan rawatan sesi kedua,kali ini simptom haus ketika diruqyah ada sedikit jer,sudah ada perubahan nampaknya.Tapi ada berita baik juga menyusul,dimana penyewa rumahnya telah membayar sewa rumah yang tertunggak selama hampir 3 tahun berjumlah RM46k dan bil TNB berjumlah RM1.8K juga telah dilupuskan oleh TNB begitu sahaja,agak pelik tapi benar.Itu semua kuasa Allah kerana Allah adalah sebaik-baik perancang,kami sebagai manusia hanya mampu berikhtiar tapi kesembuhan mutlak ditangan Allah SWT jua.

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

Popular posts from this blog

AL KISAH RAWATAN BEKAM DI PUCHONG PERDANA

DOA SEBELUM BERBEKAM