Posts

Showing posts from May, 2012

DI UGUT JIN MATA MERAH

Image
Ini kisah benar 3 bulan lepas dimana jurubekam wanita kami ingin membuat rawatan bekam sihir di rumah pesakit di Putrajaya.Pesakit tersebut terkena kes sihir pemisah rumahtangga yang agak kuat juga,apabila diruqyah pesakit kerasukan dengan agresif sehingga berjam-jam lamanya.Sehari sebelum temujanji dengan pesakit tersebut,apabila ingin melelapkan mata saja,tiba-tiba datang satu bayangan lembaga hitam bermata merah dan berkata-kata berbaur ugutan "jika kamu pergi,kamu akan sakit !!!"...pada malam tersebut 3-4 kali juga lembaga tersebut datang mengugut jurubekam wanita kami.Tapi keesokan harinya beliau pergi macam biasa membekam pesakit sihir tersebut,alhamdulillah tiada perkara buruk terjadi.Moral of the story dari kisah ini,jurubekam perlu kerap membaca kursi dan 3 qul sebelum pergi membekam pesakit untuk perlindungan diri dari jin/syaitan dan jangan sesekali takut dengan ugutan jin/syaitan ini kerana sesungguhnya mereka itu tidaklah berdaya sangat mencederakan manusia dan…

MENGAPA HARUS BERBEKAM ?

Image
Selepas 3 bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan. Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru. Darah yang baru mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh. Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik. Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam. "Dengan ringkasan diatas, dapatlah disimpulkan keharusan berbekam kep…

KAEDAH RUQYAH + BEKAM = RAWATAN AMPUH PENYAKIT GANGGUAN JIN

Image
Bagi mereka diluarsana yang mengalami masalah pelbagai penyakit gangguan jin,anda diyorkan menjalani rawatan ruqyah dan bekam sekaligus,insyaAllah penyakit ganggun jin anda sembuh kurang daripada sebulan.Kaedah ruqyah dan bekam adalah kaedah sunnah Rasulullah SAW kerana terlalu banyak dalil ayat al quran dan hadis sahih menyokong kaedah tersebut.

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

MENGAPA WAJAH KUSAM ???

Image
1) Terlalu banyak berfikiran negatif
2) Jarang menggunakan pencuci muka
3) Dibelenggu penyakit gangguan jin
4) Stress dan dibelenggu masalah yang berlarutan

Untuk menghilangkan wajah kusam,sila jalani rawatan aura seri dengan pihak kami.
Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

TEKANAN DARAH TINGGI MENJADI STABIL SETELAH BERBEKAM

Image
Alhamdulillah ramai pengidap penyakit darah tinggi mulai pulih dan tidak lagi mengambil ubatan moden setelah berbekam secara konsisten sebulan sekali.Penyakit darah tinggi perlu rawatan bekam yang konsisten kerana jika dibiarkan kita akan terdedah pada serangan jantung,strok dan kerosakan buah pinggang.

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

FAKTOR YANG MENINGKATKAN PENGELUARAN DARAH KOTOR SEMASA BERBEKAM

Image
1) Bilik bekam yang bersuhu panas lebih baik dari bilik bekam yang bersuhu sejuk kerana pengeluaran darah kotor bekam adalah maksimum.

2) Teknik urutan pada titik yang ingin dibekam juga mampu melancarkan pengeluaran darah kotor bekam.

3) Waktu berbekam ketika pertengahan bulan islam/bulan mengambang penuh amat baik kerana darah kotor membuak naik dipermukaan kulit,secara tak langsung banyak darah kotor dikeluarkan semasa proses berbekam.

4) Berbekam ketika perut sedang kosong adalah lebih baik kerana darah toksid yang keluar agak banyak kerana darah kotor tersebut mewakili keseluruhan toksid badan.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A

AMALAN BERBEKAM SEBULAN SEKALI MENYEMBUHKAN MASALAH GATAL-GATAL ALERGI

Image
Bagi pesakit yang menghidapi masalah gatal-gatal kulit akibat alergi pada makanan tertentu,saya syor anda berbekam sebulan sekali.Punca alergi/gatal-gatal ini ialah akibat penurunan sistem antibodi badan kerana bebanan organ dalaman akibat peningkatan toksid pada saluran darah.Khasiat berbekam seperti yang saya nyatakan dahulu mampu meningkatkan sistem antobodi badan dan membuang segala toksid/darah kotor pada sistem saluran darah badan.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A

MINGGU BERBEKAM KEMBALI LAGI

Image
Minggu ini bulan mengambang penuh dimana jika berbekam darah toksid akan keluar dengan maksimum,bagi penggemar tarikh sunnah,hari Rabu,Jumaat dan Ahad adalah tarikh 17/19/21 kalendar islam.Marilah kita sama-sama berbekam bagi mengamalkan sunnah perubatan Rasulullah SAW..

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

KHASIAT BEKAM PINGGANG

Image
Anda diluar sana disyorkan berbekam sebulan sekali dikawasan pinggang kerana banyak khasiatnya :-
1) Memulihkan masalah lenguh/sakit pinggang.

2) Meningkatkan nafsu syahwat.

3) Memulihkan masalah senggugut.

4) Meningkatkan kesuburan.

5) Mencegah dari terkena sakit buah pinggang kerana apabila berbekam tekanan darah dikawasan buah pinggang menjadi stabil dan segala toksid tiada lagi pada saluran darah.

6) Menawarkan masalah sihir rumahtangga/tafriq.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

SIHAT CARA RASULULLAH SAW

Image
Ada 4 panduan utama yang diamalkan Rasulullah SAW dalam menjaga kesihatan sehingga 63 tahun hayat beliau hanya demam/jatuh sakit beberapa kali sahaja..

1) Pencegahahan penyakit dengan senaman. Rasulullah SAW selalu melakukan senaman seperti aktiviti berenang,memanah,menunggang kuda dan bergusti untuk menjaga kesihatan beliau supaya sistem organ tubuh beliau sentiasa mantap dan sihat.

2) Tidak mengambil makanan beracun/haram. Pemilihan makanan yang tidak mengandungi unsur racun dan kandungan merbahaya serta 100% halal amatlah penting,tidak seperti umat islam sekarang yang suka mengambil sumber yang ada unsur-unsur toksid/racun seperti tabiat merokok dan sebagainya.

3) Mengambil makanan yang bergizi dan berkhasiat. Rasulullah SAW kerap mengambil makanan yang berkhasiat dan berkualiti tinggi dalam kesihatan seperti telur,madu,kambing,daging,ayam,susu,kurma,buah tin,minyak zaitun dalam rutin makanan seharisn beliau.

4) Membuang toksid/racun dari badan dengan Al Hijamah. Rasu…

BAGAIMANA RAWATAN BEKAM BERFUNGSI DALAM KESIHATAN TUBUH BADAN ?

Image
1) Darah kotor yang keluar dari tusukan jarum bekam adalah darah kotor yang mengandungi toksid,toksin,uric acid,kolestrol,angin,sel darah merah yang rosak dan juga unsur gangguan jin.Selepas berbekam kita akan terus terasa segar dan bertenaga kerana badan jadi ringan akibat pengeluaran toksid dari badan.

2) Akibat tusukan jarum bekam pada titik tertentu akan meningkatkan hormon regenerasi sel.Hormon ini bertindak untuk memperbaiki fungsi organ tubuh/sel akibat kerosakan/kecederaan. Organ tubuh yang terganggu fungsinya akan disembuhkan dengan cara memperbaiki jaringan dan sel yang ada padanya sehingga mampu berfungsi dan sihat kembali.Contohnya kita berbekam pada titik jantung,hormon tersebut akan banyak dirembeskan pada kawasan jantung,jadi jika ada apa2 berlaku pada jantung pada masa-masa akan datang,sistem badan akan pantas secara auto memperbaiki/menstabilkan apa-apa kelemahan pada organ yang berkaitan jantung.

3) Apabila berbekam,secara tak langsung akan meningkatka…

AMALAN BERBEKAM SEBULAN SEKALI MAMPU MENGHINDARI KANDUNGAN URIC ACID YANG TINGGI PADA SENDI BADAN

Image
Kandungan uric acid tinggi pada sendi badan adalah akibat dari pemakanan yang bersumberkan makanan laut seperti sotong/udang/ketam dengan kekerapan dan kuantiti yang tinggi.Bila kandungan uric acid menjadi terlalu tinggi akan menyebabkan bengkak pada sendi dan terasa seperti kaca mencucuk dengan kesakitan yang amat sangat.Amalan berbekam sebulan sekali mampu mengeluarkan darah kotor bersama uric acid semasa proses berbekam dijalankan,insyaAllah anda dihindari dari penyakit Gout dan juga Artritis.

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari