Posts

Showing posts from June, 2012

KAEDAH MERAWAT SANTAU (DIY)

Image
-Sediakan air mineral 5 liter dan 2 botol madu asli bacakan ayat-ayat lazim seperti fatehah,kursi dan 3 qul dengan ulangan 21x lalu tiup 10saat bahan tadi.

-Minum air doa dan madu tadi 3x sehari selama seminggu.

-Berbekam seminggu sekali pada kawasan dada dan tengkuk untuk menyedut racun yang bergerak pada aliran darah.

-Mandi air doa 1x sehari selama seminggu,campurkan secawan air doa dengan sebaldi air paip serta 7 helai daun bidara yang telah ditumbuk dengan lesung batu.Daun bidara boleh didapati di surau al munawarah section 13 shah alam.

-Baca kursi 20x tiap2 lepas solat sebagai pendinding diri.

-Berpantang makanan berlimau,bercuka,makanan pedas dan rebung selama 3 bulan.

InsyaAllah sembuh..

KESAN JIKA JIN MENDIAMI RAHIM WANITA

Image
-Akan menyebabkan turun darah haid melebihi 15 hari. -Mandul. -Penyakit cist/ketumbuhan dalam rahim. -Tidak datang haid tempoh yang agak lama.

Cara mengatasinya :-
-Berbekam 2 minggu sekali pada kawasan bawah pusat,pinggang dan pinggul. -Minum air ruqyah + sesudu minyak zaitun dara 3x sehari selama 2 minggu.

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

MINYAK KASTURI HITAM RUQYAH BOLEH DIJADIKAN ALAT PENGESAN JIN

Image
Bagi mereka yang ada menyimpan minyak kasturi hitam dirumah masing-masing,buka penutupnya dan bacakan fatehah,kursi dan 3 qul lalu tiup 10 saat pada minyak tersebut.Kemudian anda sapu minyak tersebut pada kawasan lubang hidung anda,jika bau minyak itu busuk dan terasa pedih pada kulit hidung,sahlah anda ada gangguan jin.Jika anda mencium minyak tersebut lalu terasa wangi dan tidak pedih pada permukaan kulit hidung,maka tiada sebarang gangguan dalam diri anda.

Minyak kasturi disyorkan dipakai tiap-tiap kali sebelum solat dan sebelum tidur malam kerana ia sunnah dan jin pengganggu tidak suka sebarang wangian kasturi terutama minyak kasturi yang sudah diruqyah terlebih dahulu.

Kasturi adalah minyak wangi kesukaan Nabi Muhammad S.A.W.Diriwayatkan oleh Muslim sesungguhnya Nabi S.A.W telah bersabda maksudnya,"Kasturi adalah minyak wangi yang paling baik sekali" Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Aishah R.Anha katanya,

"katanya.."Aku telah menyapu min…

RAWATAN AURA SERI IALAH RAWATAN 6in1

Image
Khasiat rawatan aura seri ialah :-

-Menawarkan bisa santau -Menawarkan masalah sihir -Buang saka -Menghilangkan wajah kusam -Menyerikan wajah -Meringankan jodoh

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beri

KAEDAH THIBBUN NABAWI ADALAH KAEDAH AMPUH MERAWAT MASALAH GANGGUAN JIN

Image
Kaedah thibbun nabawi adalah satu kaedah perubatan islam yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada sahabat dan seluruh umat islam amnya sebagai panduan berguna dalam merawat segala penyakit/masalah kehidupan.

Akhir-akhir ini ramai umat islam di seluruh Malaysia sering mengalami masalah penyakit gangguan jin,dan ramai jugaler pesakit tercari-cari kaedah mana yang terbaik dalam merawat masalah gangguan mereka. Kaedah-kaedahnya ialah..

-Pesakit mencari perawat untuk dibacakan al quran pada diri mereka.
 -Pesakit minum sebanyak mungkin air yang telah dibacakan al quran.
-Pesakit spray rumah dengan air yang telah dibacakan al quran.
 -Pesakit juga kerap mandi air yang telah dibacakan al quran.
 -Pesakit juga perlu istiqomah membaca ayat perlindungan diri seperti kursi dan 3qul sebanyak mungkin setiap hari.
 -Pesakit juga boleh menambah herba daun bidara 7 helai dengan ditumbuk lalu dicampurkan pada air minuman dan mandian.
 -Pesakit perlu makan kurma ajwa 7biji setiap pagi selama sebu…