
Selepas 3 bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia
mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang
rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum
dikumuhkan. Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang
baru. Darah yang baru mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan
oleh sel tubuh. Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan
dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang
mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat, kesannya akan menganggu
pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan
hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan
pelbagai penyakit kronik. Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh
badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening,
cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam.
"Dengan ringkasan diatas, dapatlah disimpulkan keharusan berbekam kepada
kita yang mana ia dapat mencegah tubuh badan kita daripada menjurus
kepada penyakit-penyakit yang lebih kronik seperti diabetes (kencing
manis), darah tinggi, migrain dan sebagainya." Adalah menjadi
tanggungjawab kepada kita untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa
sihat wal afiat dengan cara berusaha mencegah dan berdoa kepada Allah
agar diberikan kesihatan supaya mudah beribadat kepadanya.
Insya'Allah...
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti
mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah
R.A)