Posts

Showing posts from February, 2014

SENARAI KEDAI PEMBEKAL PERALATAN BEKAM/PERUBATAN ALTERNATIF

Image
1) MAGIC BOO
Section 7 Commercial Centre  Shah Alam (Sebelah FED HWAY exit Padang Jawa dan berhampiran I-City)

2) VEE MAN BEAUTY
11, Jalan SS 13/3F, Subang Jaya Light Industrial Estate, 47500, Subang Jaya, Selangor, 47620

Bagi jurubekam/tukang urut/pengamal homoepathy yang ingin mencari peralatan bekam,peralatan urut,katil bekam,UV-sterilizer,akupuntur,mandi wap dan 1001 barang lagi,saya syorkan anda berkunjung di kedai yang saya senaraikan diatas.






























KEBERSIHAN AMAT PENTING DALAM KERJA BEKAM SUNNAH

Image
-Jurubekam wajib guna sarung tangan getah.
-Pastikan lokasi rawatan bekam dalam keadaan tertutup seperti sediakan bilik dan sebagainya.
-Jurubekam perlu sediakan Dettol Handsoap dan UV Sterilizer untuk proses steril cawan bekam dan pen bekam.
-UV Sterilizer boleh didapati di kedai MagicBoo section 7 Commercial Centre Shah Alam dengan harga RM200.
-Kawasan badan yang telah dibekam perlu sapu antiseptik seperti alcohol swab bagi proses nyahkuman dipermukaan kulit untuk mengelakkan gatal-gatal selepas bekam.
-Tisu yang digunakan selepas mengelap darah bekam perlu dikumpulkan dalam palstik dan ditanam bagi kaedah melupuskannya.

KESAN LEBAM SELEPAS BEKAM

Image
Jika anda melihat kesan lebam selepas berbekam pada kawasan titik bekam,perhatikan warnanya...jika merah petanda badan banyak angin dan jika warnanya sedikit gelap petanda badan anda mengandungi toksid/toksin yang agak tinggi.Selalu bagi pelanggan yang berbadan besar dan pertama kali berbekam akan mendapat kesan lebam gelap pada kawasan yang dibekam.

JURUBEKAM PERLU TAHU KEGUNAAN HERBA SUNNAH HABBATUS SAWDA

Image
Mengubati penyakit Diabetes MelitusSangat efektif dalam menurunkan kadar gula dalam darah Mengubati keputihanMeningkatkan produksi dan kualitas ASIMemperbaiki sistem kekebalan tubuh (antibodi)Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuhMemperbaiki hormon sexual, meningkatkan kesuburan pria (meningkatkan kualitas dan jumlah sel sperma).Sangat disyorkan untuk orang yang ingin punya zuriat.Mengatasi gangguan seksual dan impotensiAnti alergi dan anti bakteriAnti radang (mengobati berbagai macam radang)Mengobati penyakit yang disebabkan oleh infeksi virus seperti cacar, herpes, dll.Anti tumor dan kanserMengatasi tekanan darah tinggiMengubati tekanan darah rendahMenyembuhkan infeksi saluran pundi kencingMengubati penyakit paru-paru (Asma, Bronkhitis, TBC, dll) Mengubati flu dan batukMenyembuhkan penyakit ginjal (batu ginjal)Mengatasi depresi dan kelelahanAnti Oksidan dan anti penuaan diriMenormalkan kadar kolesterol dalam darahMengatasi gangguan kulit (eksima,jerawat,f…

BERBEKAM MERAWAT MASALAH BADAN KURUS

Image
Bagi mereka yang bermasalah badan kurus walaupun makan tetap macam biasa,saya syor anda berbekam seminggu sekali dibahagian dada dan ulu hati serta bahagian belakang badan bagi menstabilkan kerja organ hati dan memperbaiki sistem penyerapan zat ketika pencernaan.

Selain itu pesakit disyorkan makan sebiji kapsul habatus sawda sebiji pagi dan petang bagi memaksimumkan kesembuhan penyakit.

"Sesungguhnya Al- Habbatus Sauda boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam. Aku bertanya apakah Al-Sam itu?  Baginda menjawab " Al-Sam itu ialah maut". (Riwayat Bukhari)


Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

BULAN PENUH,MINGGU BERBEKAM KEMBALI LAGI

Image
Minggu ini bulan mengambang penuh dimana jika berbekam darah toksid akan keluar dengan maksimum kerana darah bergejolak kuat ketika bulan penuh berbanding waktu lain.Marilah kita sama-sama berbekam bagi mengamalkan sunnah perubatan Rasulullah SAW.Tarikh sunnah untuk bulan ini ialah 17,19 dan 21hb Rabiulakhir.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

CARILAH KOS BEKAM YANG BERPATUTAN..

Image
Dalam 5 tahun kebelakangan ini ramai sungguh kaum hawa yang minat berbekam dan tak kurang juga menceburi dunia jurubekam.

Kaum hawa jika mereka pergi berbekam,selalunya mereka agak konsisten berbanding kaum lelaki,syabas diucapkan.

Ada juga jurubekam yang mengenakan caj yang berpatutan dan tak kurang juga yang mengambil kesempatan..

Caj bekam kami tetap termurah dipasaran iaitu RM5/cup..Jom berbekam sebarkan sunnah..

Kaum wanita yang ingin berbekam boleh SMS Cik Maz 014-541 1150 yer..

JURUBEKAM PERLU TAHU ILMU BERKAITAN HERBA SUNNAH

Image
Bagi memaksimumkan kesan rawatan bekam pada pesakit,jurubekam juga perlu tahu beberapa kegunaan herba sunnah seperti madu,minyak zaitun dara,kurma ajwa,cuka epal dan habbatus sawda.

Sebagai contoh jika pesakit mengalami masalah saraf,jurubekam syorkan mengambil pemakanan habatus sawda,jika pesakit mengalami masalah imun yang merosot dan kerap mendapat penyakit,jurubekam akan syorkan pemakanan madu dan jika pesakit mengalami masalah kerosakan organ dalaman jurubekam pula syorkan pemakanan minyak zaitun dara.

Kesimpulannya ilmu bekam dan herba sunnah saling lengkap melengkapi dalam merawat 1001 penyakit klinikal serta penyakit berkaitan gangguan jin.

BUANG JERAWAT DENGAN BERBEKAM

Image
Bagi mereka yang menghadapi masalah jerawat yang liat untuk sembuh,saya syor anda berbekam dikawasan muka dan tengkuk seminggu sekali,insyaAllah dalam masa 3x sesi bekam masalah jerawat anda selesai 80%.

LAGI KERAP BERBEKAM LAGI SUSAH KITA KENA PENYAKIT

Image
Bagi mereka yang istiqomah berbekam sebulan sekali,insyaAllah badan mereka sukar dhinggapi sebarang penyakit kerana sistem imun dalam sistem badan mereka sentiasa dalam keadaan maksimum akibat pengeluaran SEL T LIMFOSIT yang banyak ketika tusukan jarum bekam menembusi eperdemis kulit.

KHASIAT BEKAM OVERHAUL

Image
Bekam overhaul meliputi 20 titik bekam dan caj rawatan hanya RM100 sahaja,ia meliputi titik kawasan tengkuk,titik hayat di kawasan belakang badan,titik belakang peha dan labu betis.

Khasiat bekam overhaul ialah..

-Membuang toksid/toksin/uric acid dari sistem darah secara maksimum.
-Membuang angin badan secara maksimum.
-Menyembuhkan kebas-kebas betis dan peha.
-Menjaga organ dalaman seperti buah pinggang,jantung,hati dan pankreas.
-Mengurangkan stress pada otot tengkuk dan bahu.
-Mencerahkan mata serta menyembuhkan migrain.
-Mencegah penyakit gout.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)