Menawarkan khidmat rawatan bekam sunnah untuk kaum wanita/lelaki di Section 7 Shah Alam oleh jurubekam yang berpengalaman 7 tahun keatas.
BUANG JERAWAT DENGAN BERBEKAM
Get link
Facebook
Twitter
Pinterest
Email
Other Apps
Bagi mereka yang menghadapi masalah jerawat yang liat untuk sembuh,saya syor anda berbekam dikawasan muka dan tengkuk seminggu sekali,insyaAllah dalam masa 3x sesi bekam masalah jerawat anda selesai 80%.
Doa atas perlu dibaca oleh jurubekam sebelum memulakan sesi rawatan bekam bagi menghindari sebarang perkara yang tak diingini ataupun tindak balas gangguan jin serta memohon kesembuhan dari Allah SWT terhadap pelanggannya.
Seorang wanita ingin berbekam overhaul 20cup kerana badan agak lesu dan
ada unsur gangguan jin dalam badan,sudah puas berubat ruqyah dengan
perawat tapi Allah SWT belum izinkan sebarang kesembuhan lagi.Dipendekkan
cerita sebelum bertolak saya berzikir setengah jam dahulu untuk
mengelakkan sebarang musibah/bala ketika dalam perjalanandan sampai
dirumah pelanggan saya bersembang dahulu dalam 10min untuk mendengar
keluhan pelanggan.Kemudian tanpa berlengah saya terus melakukan bekam
20cup dari tengkuk hinggalah ke betis,darah yang keluar agak bertali
juga,sebelum pulang kami sarankan beliau untuk berubat ruqyah
dimana-mana pusat rawatan islam.Sebelum pulang saya memberikan sekotak kapsul habatus sawda percuma kepada pelanggan untuk dimakan secara istiqomah sebiji sehari bagi meningkatkan lagi tahap kesembuhan dengan izinNya.
Nabi Muhammad SAW pernah
bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT"
(Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)