Posts

Showing posts from May, 2014

PASTIKAN TONG SAMPAH SISA BEKAM ANDA PENUTUP

Image
Tong sampah yang digunakan untuk membuang tisu yang telah digunakan mengelap darah bekam pastikan ada PENUTUP,adalah BERBAHAYA jika tong sampah anda tiada penutup kerana akan menyebabkan patogen dari darah bekam akan berterbangan bebas di udara.

HERBA SAMPINGAN SELEPAS SESI HIJAMAH

Image
Jurubekam perlu ilmu yang mencukupi dalam herba-herba sunnah yang popular seperti madu/habatus sawda,minyak zaitun dan kurma kerana ia terlalu bermanfaat dalam kesihatan tubuh manusia.

Empat herba sunnah tadi para jurubekam perlu kuasai supaya jurubekam dapat mengesyorkan pada pesakit berpandukan kepada masalah semasa yang dihadapi pesakit selepas sesi hijamah.

JOM BERDAFTAR DIBAWAH TCM KKM

Image
Bagi pengamal-pengamal bekam di Malaysia yang belum bernaung dimana-mana badan/persatuan yang diselia TCM KKM,ayuh mendaftarlah sekarang jangan berlengah lagi.

Sertailah kami Persatuan Pengamal Bekam Sunnah & Ruqyah Malaysia yang bernaung dibawah GAPERA iaitu panel yang dilantik TCM KKM.

Mereka yang gagal berdaftar mungkin dikenakan tindakan denda RM30K oleh pihak penguatkuasa TCM KKM.Tujuan penguatkuasaan adalah untuk memastikan pengamal bekam di Malaysia mengikut SOP semasa TCM KKM dan mengelakkan penularan penyakit berjangkit pada masyarakat umumnya.

Sebarang pertanyaan/pendaftaran sila SMS Utz Aswat 017-209 2307

BARANGAN STERIL YANG PERLU ADA BAGI KERJAYA JURUBEKAM

Image
1) Dettol Spray-Boleh didapati di Guardian untuk disembur pada bilik bekam selepas proses berbekam bagi nyahkuman pada ruang udara bilik rawatan bekam.


2) Dettol Hand Soap-Boleh didapati di Guardian untuk proses cucian/steril cawan bekam dan juga membasuh tangan selepas sesi membekam pelanggan/pesakit.

3) Dettol Wet Tissue-Boleh didapati di Guardian untuk lap/steril pada kawasan badan yang sudah dibekam.


4) UV Sterilizer-Boleh didapati di MagicBoo untuk kegunaan steril cawan dan juga pen bekam.

MINGGU BERBEKAM KEMBALI

Image
Minggu ini bulan mengambang penuh dimana jika berbekam darah toksid akan keluar dengan maksimum kerana darah bergejolak kuat ketika bulan penuh berbanding waktu lain.Marilah kita sama-sama berbekam bagi mengamalkan sunnah perubatan Rasulullah SAW.Tarikh sunnah untuk bulan ini ialah 17,19 dan 21hb Rejab.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

JOM BEKAM BAGI MERAWAT KELESUAN BADAN

Image
Punca kelesuan..

-Kerap memandu
-Kesesakan lalulintas
-Banyak duduk sehingga lenguh-lenguh pinggang
-Terlalu lama mengadap PC/Laptop
-Banyak makan makanan berangin
-Sistem udara yang kotor sehingga banyak menyedut oksigen yang mengandungi patogen/partikel

Berbekamlah dibahagian belakang badan pada titik tengkuk,bahu,otot belikat dan pinggang,insyaAllah sejurus selesai berbekam anda badan anda kembali cergas serta segar semula.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)