AL KISAH RAWATAN BEKAM DI PUCHONG PERDANA


Seorang wanita ingin berbekam overhaul 20cup kerana badan agak lesu dan ada unsur gangguan jin dalam badan,sudah puas berubat ruqyah dengan perawat tapi Allah SWT belum izinkan sebarang kesembuhan lagi.Dipendekkan cerita sebelum bertolak saya berzikir setengah jam dahulu untuk mengelakkan sebarang musibah/bala ketika dalam perjalanandan sampai dirumah pelanggan saya bersembang dahulu dalam 10min untuk mendengar keluhan pelanggan.Kemudian tanpa berlengah saya terus melakukan bekam 20cup dari tengkuk hinggalah ke betis,darah yang keluar agak bertali juga,sebelum pulang kami sarankan beliau untuk berubat ruqyah dimana-mana pusat rawatan islam.Sebelum pulang saya memberikan sekotak kapsul habatus sawda percuma kepada pelanggan untuk dimakan secara istiqomah sebiji sehari bagi meningkatkan lagi tahap kesembuhan dengan izinNya.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Popular posts from this blog

DOA SEBELUM BERBEKAM