Posts

Showing posts from November, 2014

JANGAN ANGGAP BEKAM SEBAGAI BISNES

Image
Adalah salah satu kesalahan teknikal menganggap bekam satu perniagaan.Bekam adalah satu khidmat masyarakat bagi memperkenalkan perubatan sunnah nabi untuk menyelesaikan 1001 penyakit umat islam.Dah nama khidmat masyarakat jadi harga pun perlu berpatutan ler jangan letak harga cekik darah sehingga RM10-RM15 per CUP.Letaklah harga minimum seperti RM5/cup insyaAllah pelanggan pun istiqomah berbekam sebulan sekali dan keberkatan kita memberi perkhidmatan pun diredhai Allah SWT juga.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

MINGGU BERBEKAM KEMBALI LAGI

Image
Minggu ini bulan mengambang penuh dimana jika berbekam darah toksin akan keluar dengan maksimum kerana darah bergejolak kuat ketika bulan penuh berbanding waktu lain.Marilah kita sama-sama berbekam bagi mengamalkan sunnah perubatan Rasulullah SAW.Tarikh sunnah untuk bulan ini ialah 17,19 dan 21hb Muharam.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

RAMAI PESAKIT ANGIN AHMAR SEMBUH SETELAH BERBEKAM

Image
Titik bekam yang sesuai bagi merawat pesakit angin ahmar ialah titik kepala dan kawasan badan yang lemah saraf,insyaAllah jika pesakit berbekam 10 hari sekali selama 3x sesi,pesakit akan meraih kesembuhan 60-70% dariNya.Herba yang sesuai bagi pesakit angin ahmar ialah makan sebiji pagi dan petang kapsul habatus sawda yang bertujuan merangsang semula saraf dan melancarkan semula peredaran darah yang terganggu.

KESAN POSITIF PADA INDIVIDU YANG ISTIQOMAH BERBEKAM

Image
-Badan fizikal menjadi kuat
-Stamina meningkat
-Sistem imun meningkat
-Tidak lesu
-Badan sentiasa cergas
-Menjadi seorang yang aktif
-Badan kurang penyakit
-Jarang-jarang demam/selsema
-Tidur nyenyak
-Selera makan bertambah
-Mudah segala urusan
-Murah rezeki
-Wajah berseri
-Pahala amalan sunnah meningkat

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

ANDA TAK BOLEH MAKAN SEAFOOD ?

Image
Bagi sesetengah individu mereka mengalami masalah gatal kulit apabila memakan sebarang makanan laut.Ini berpunca dari darah toksin yang tinggi dibawah epidermis kulit mereka sekaligus merosakkan sistem imun sehingga pada satu tahap makanan yang berkhasiat seperti seafood mendatangkan mudarat pada sistem tubuh mereka.

Untuk memperbetulkan sistem imun bagi membolehkan kita makan makanan laut tanpa kesan gatal,anda disyorkan istiqomah berbekam setiap bulan serta mengambil 2 sudu madu setiap pagi sejam sebelum sarapan.


Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)